Papan Kenyataan Buletin 2018

pipp

banner sarana

Untitled-1

Untitled-1

Untitled-1

Untitled-1

banner hip

BANNER I THINK

Selamat Datang kami ucapkan ke Laman Web SMK Segama,  Lahad Datu. Semoga semua warga sekolah khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini.

[Kemaskini Teknikal: Mei -Jun 2018]

Categories: Papan Kenyataan | Leave a comment

Program Ihya’ Ramadan 2018 SMK Segama, Lahad Datu

Program Ihya’ Ramadan 2018

1. Ceramah Nuzul Quran dan Khatam al-Quran

Objektif :
– Melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Penceramah :
– Ustaz Aziz bin Sarail (SM Sains)
Tempat :
– Dewan SMK Segama
Masa :
– 10.30 – 12.00 (5 Jun 2018/ Selasa)
Tentatif :
Tarikh : 5 Jun 2018 (Selasa)
Masa : 10.30 – 12.20
Tempat : Dewan SMK Segama

CERAMAH
10.30 – 11.35 : Ceramah Nuzul al-Quran oleh :
Ustaz Aziz bin Sarail
(Sekolah Menengah Sains)

KHATAM AL-QURAN
11.35 – 12.00 : Khatam al-Quran
12.05 – 12.20 : Perasmian Penutup oleh :
Cik Puan Hjh. Saida binti Usman
Pengetua SMK Segama
: Penyampaian cenderahati & Infak Ramadan
: Bersurai

2. Infak Ramadan

Objektif :
-Melahirkan rasa syukur di kalangan para guru dan kakitangan sekolah dengan memberi sumbangan kepada para pelajar yang terpilih dan kurang bernasib baik.
Masa :
– 12.00 – 12.20 (5 Jun 2018/ Selasa)

  1. Tazkirah Ramadan

    Objektif :
    – Menyampaikan maklumat kepada pelajar berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan bulan Ramadan/ puasa.
    Masa :
    – Setiap hari persekolahan di bulan Ramadan

Laporan disediakan :

Ustaz Muhammad Bin Razali

Categories: Berita, KESTAMA | Leave a comment

Hari Guru Peringkat Daerah Lahad Datu 2018

Lahad Datu, 05 Mei 2018: Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu telah mengadakan Sambutan Perayaan Hari Guru 2018 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 di Dewan Semai Bakti, Desa Kenchana. Majlis tersebut bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga 1.30 petang. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua guru yang menunjukkan prestasi dan perkhidmatan yang cemerlang.
Pada majlis ini, SMK Segama telah mendapat:

Anugerah Peningkatan Terbaik SPM 2017 
Anugerah Khas Terbaik STPM 2017

7 orang guru telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2017) dan seorang guru mendapat Anugerah Khas PPD.

Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang (APC 2018)
1. Cik Jindah Eku
2. Pn. Rosnawati Tipu
3. En. Mohd Khir Abu Bakar
4. En. Yunus Lausu
5. Pn. Shyamshamira Mohammad
6. Cik Darmah Abu Kassan
7. Pn. Norzalina Mohd Azlan Tsen

Anugerah Khas PPD 2018
En. Richeal Phil Thien Kim How

Semoga penganugerahan kecemerlangan itu menjadikan warga pendidik sentiasa bersemangat untuk meneruskan khidmat bakti mereka kepada pelajar. Tahniah kepada semua penerima.

Categories: Berita, Papan Kenyataan, PPD | Leave a comment

Ucapan Tahniah Menteri Pendidikan Yang Baharu

DdhSmjTU8AAc3ls

22 Mei 2018
Seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Lahad Datu, Sabah
merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Y.B Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu.

Ikhlas Dari:
Cik Puan Hjh Saida Hj. Usman
Pengetua SMK Segama, Lahad Datu,
Barisan Penolong-Penolong Kanan,
Ketua-Ketua Bidang,
Dan Seluruh Warga SMK Segama, Lahad Datu  

Categories: Berita | Leave a comment

Perubahan Jadual Peperiksaan Penggal 1 2018

Salam sejahtera,

Mohon perhatian kepada semua guru dan pelajar untuk mengambil maklum terdapat PERUBAHAN tarikh Peperiksaan Penggal 1 2018 (Menengah Atas).

Sekian, harap maklum.

Unit Peperiksaan dan Penilaian. 11 Mei 2018

2c04420a-b818-4914-ad5a-55bd768e64de 9d0a8fdf-1ff4-41c6-9db2-e720ed8a2de1 78e535d5-0ead-4240-afcf-28ae3083654c

Categories: Berita, Papan Kenyataan, Peperiksaan | Leave a comment

Pengumuman Khas: Cuti Umum Sempena PRU 14

44289fce-1371-4574-98ea-ef188d341ff7 78e535d5-0ead-4240-afcf-28ae3083654c

Salam sejahtera,

Untuk makluman 10 dan 11 Mei 2018 merupakan Cuti sempena Menang Pilihan Raya 14. Oleh yang demikian, tiada sesi Pembelajaran dan Pengajaran akan berlangsung.  Perubahan jadual peperiksaan juga akan dikemaskini kemudian.

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 14 Mei 2018 (Isnin).

Sekian, untuk makluman.

Terima Kasih.

Categories: Papan Kenyataan, Segera, Staf | Leave a comment

LAPORAN PENCAPAIAN STPM 2017 SMK SEGAMA, LAHAD DATU

 

Lahad Datu, 6 Mac 2018: Pencapaian Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) 2017 telah diumumkan pada 06 Mac 2018. Sekali lagi SMK Segama telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan STPM 2017 di SMK Putatan, Penampang. Cik Puan Hjh Saida Hj Usman ( Pengetua ) dengan diringi Pn. Rosnawati Tipu ( Penolong Kanan Tingkatan 6 ) telah berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis tersebut untuk menerima sijil Penghargaan atas pencapaian kelulusan 100% pada tahun 2017 berbanding 96.55 % pada tahun sebelumnya. GPS juga telah meningkat dari 2.43 pada tahun 2016 kepada 2.67 pada tahun 2017. Pada masa yang sama penyerahan slip keputusan juga disampaikan di Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu yang telah dihadiri oleh Pn. Andi Nunni Andi Sikandar selaku setiausaha peperiksaan STPM. Tahniah buat semua warga SMK Segama. Semoga kecemerlangan ini terus dilakar pada masa-masa akan datang.

 

  1. PERBANDINGAN PENCAPAIAN 2014 HINGGA 2017

 

PERKARA 2014 2015 2016 2017
BILANGAN LULUS 31/31 28/28 28/29 33/33
PERATUS 100% 100% 96.55% 100%
GPS 2.59 2.53 2.43 2.67

 

ULASAN

  • Pencapaian dari segi peratus lulus STPM 2017 telah meningkat daripada 96.55 % tahun 2016 kepada 100% pada tahun 2017.
  • Pencapaian dari segi GPS juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 59         ( 2014 ) , 2.53 ( 2015 ), 2.43 ( 2016 ) dan telah meningkat kepada ( 2.67 ) pada tahun 2017.

 

Categories: Berita, Kurikulum, Unit Kurikulum/Akademik | Tags: | Leave a comment

Hari Pendaftaran Tingkatan 6 Sesi 2018/2019

Lahad Datu: 02 – 03 Mei 2018 telah berlangsungnya hari pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 6 sesi 2018 / 2019. Sehubungan dengan itu, seramai 56 pelajar yang berjaya ditawarkan dan di tempatkan ke SMK Segama, Lahad Datu. Pendaftaran tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 8.00 hingga 11.00 pagi bertempat di Dewan SMK Segama. Pemantauan aktiviti pendafataran ini juga telah dilakukan oleh wakil PPD Lahad Datu . Aktiviti orientasi dijangka akan berlangsung selama 5 hari.

[Oleh: Pn. Rosnawati Tipu, GPK Tingkatan 6 SMK Segama]

Categories: Berita, Pra U, Unit Kurikulum/Akademik | Tags: | Leave a comment

English Carnival Lahad Datu District 2018

Tajuk Pertandingan: Public Speaking, Scrabble, Poetry Recitation.

Anjuran: PPD

Venue: SMK Silabukan
Tarikh: 4 dan 5 April 2018
Masa: 8-3.30 ptg
Guru Pengiring: Ernisa Majok, Mary Christianus
Pelajar Terlibat: Nurul Nisa Aqilah 5A, Nurul Nisa Syahirah 2A, Floyrence Sally Samiun 3A, Charmeiene Eleanor Samuel 2A, Nur Neesa Afeefah 4A
Keputusan: Public Speaking ( -)
Poetry Recitation (-)
Scrabble – 1st Place

Categories: Berita, Kurikulum | Leave a comment

Hari Penetapan Target Pelajar SPM / STPM 2018

16 Mac 2018 (Lahad Datu)-Hari Penetapan Target Pelajar SPM & STPM SMK Segama 2018 di bawah Program Penglibatan Ibu-bapa & Komuniti pada 27 Mac 2018 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Lahad Datu,. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tn Musran Abd Latif, Pengerusi PIBG. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengetua Cik Puan Hjh. Saida Hj. Usman dan barisan AJK tertinggi PIBG SMK Segama. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru dan komuniti setempat yang memberi kerjasama menjayakan program ini.

Categories: Kurikulum, PIBG | Leave a comment

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Suasana yang dirakamkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK Segama 2018.

 Tarikh: 03 Mac 2018 (Sabtu)

Masa: 8.00 Pagi

Tempat: Dewan SMK Segama, Lahad Datu

Dengan ini berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK Segama. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal. ADUN N.50 Lahad Datu, Merangkap Ketua Bahagian UMNO P188 Silam. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang akan meletuskan kejayaan dan kegemilangan SMK Segama pada tahun 2018.

 

Categories: Berita, PIBG | Leave a comment