LAPORAN PENCAPAIAN STPM 2017 SMK SEGAMA, LAHAD DATU

 

Lahad Datu, 6 Mac 2018: Pencapaian Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) 2017 telah diumumkan pada 06 Mac 2018. Sekali lagi SMK Segama telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan STPM 2017 di SMK Putatan, Penampang. Cik Puan Hjh Saida Hj Usman ( Pengetua ) dengan diringi Pn. Rosnawati Tipu ( Penolong Kanan Tingkatan 6 ) telah berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis tersebut untuk menerima sijil Penghargaan atas pencapaian kelulusan 100% pada tahun 2017 berbanding 96.55 % pada tahun sebelumnya. GPS juga telah meningkat dari 2.43 pada tahun 2016 kepada 2.67 pada tahun 2017. Pada masa yang sama penyerahan slip keputusan juga disampaikan di Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu yang telah dihadiri oleh Pn. Andi Nunni Andi Sikandar selaku setiausaha peperiksaan STPM. Tahniah buat semua warga SMK Segama. Semoga kecemerlangan ini terus dilakar pada masa-masa akan datang.

 

  1. PERBANDINGAN PENCAPAIAN 2014 HINGGA 2017

 

PERKARA 2014 2015 2016 2017
BILANGAN LULUS 31/31 28/28 28/29 33/33
PERATUS 100% 100% 96.55% 100%
GPS 2.59 2.53 2.43 2.67

 

ULASAN

  • Pencapaian dari segi peratus lulus STPM 2017 telah meningkat daripada 96.55 % tahun 2016 kepada 100% pada tahun 2017.
  • Pencapaian dari segi GPS juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu 59         ( 2014 ) , 2.53 ( 2015 ), 2.43 ( 2016 ) dan telah meningkat kepada ( 2.67 ) pada tahun 2017.

 

Categories: Berita, Kurikulum, Unit Kurikulum/Akademik | Tags: | Leave a comment

Hari Pendaftaran Tingkatan 6 Sesi 2018/2019

Lahad Datu: 02 – 03 Mei 2018 telah berlangsungnya hari pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 6 sesi 2018 / 2019. Sehubungan dengan itu, seramai 56 pelajar yang berjaya ditawarkan dan di tempatkan ke SMK Segama, Lahad Datu. Pendaftaran tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 8.00 hingga 11.00 pagi bertempat di Dewan SMK Segama. Pemantauan aktiviti pendafataran ini juga telah dilakukan oleh wakil PPD Lahad Datu . Aktiviti orientasi dijangka akan berlangsung selama 5 hari.

[Oleh: Pn. Rosnawati Tipu, GPK Tingkatan 6 SMK Segama]

Categories: Berita, Pra U, Unit Kurikulum/Akademik | Tags: | Leave a comment

English Carnival Lahad Datu District 2018

Tajuk Pertandingan: Public Speaking, Scrabble, Poetry Recitation.

Anjuran: PPD

Venue: SMK Silabukan
Tarikh: 4 dan 5 April 2018
Masa: 8-3.30 ptg
Guru Pengiring: Ernisa Majok, Mary Christianus
Pelajar Terlibat: Nurul Nisa Aqilah 5A, Nurul Nisa Syahirah 2A, Floyrence Sally Samiun 3A, Charmeiene Eleanor Samuel 2A, Nur Neesa Afeefah 4A
Keputusan: Public Speaking ( -)
Poetry Recitation (-)
Scrabble – 1st Place

Categories: Berita, Kurikulum | Leave a comment

Hari Penetapan Target Pelajar SPM / STPM 2018

16 Mac 2018 (Lahad Datu)-Hari Penetapan Target Pelajar SPM & STPM SMK Segama 2018 di bawah Program Penglibatan Ibu-bapa & Komuniti pada 27 Mac 2018 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Lahad Datu,. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tn Musran Abd Latif, Pengerusi PIBG. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengetua Cik Puan Hjh. Saida Hj. Usman dan barisan AJK tertinggi PIBG SMK Segama. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru dan komuniti setempat yang memberi kerjasama menjayakan program ini.

Categories: Kurikulum, PIBG | Leave a comment

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Suasana yang dirakamkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK Segama 2018.

 Tarikh: 03 Mac 2018 (Sabtu)

Masa: 8.00 Pagi

Tempat: Dewan SMK Segama, Lahad Datu

Dengan ini berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK Segama. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal. ADUN N.50 Lahad Datu, Merangkap Ketua Bahagian UMNO P188 Silam. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang akan meletuskan kejayaan dan kegemilangan SMK Segama pada tahun 2018.

 

Categories: Berita, PIBG | Leave a comment

Penyertaan Kejohanan Badminton MSSS Negeri 2018

81e17862-8ebc-46de-875d-61f88d833f1d
Penyertaan Kejohanan Badminton MSSS Negeri Sabahu

Tarikh: 03.3.2018 – 06.03.2018 (Sabtu – Selasa)
Tempat: Dewan Sri Kunak, Kunak
Jumlah Pelajar SMK Segama yang Menyertai: 1
Pencapaian: Muhd Nazmi Kasmadi (Suku Akhir-Bergu Lelaki B15)
Guru Pengiring: Pn. Kuah Chuen Hui & En. Richeal Phil Thien
Warga SMK Segama mengucapkan Syabas dan Tahniah atas Pencapaian Murid dan Komitmen Guru.

Categories: Unit Sukan | Leave a comment

Penyertaan Kejohanan Badminton MSSB Tenggara 2018

Penyertaan Kejohanan Badminton MSSB Tenggara Lahad Datu

Tarikh: 26.2.2018 – 28.2.2018 (Isnin – Rabu)
Tempat: Dewan Sri Kunak, Kunak
Jumlah Pelajar SMK Segama yang Menyertai: 1
Pencapaian: Muhd Nazmi Kasmadi (Pingat Perak-Bergu Lelaki B15)
Guru Pengiring: Pn. Kuah Chuen Hui & En. Richeal Phil Thien
Warga SMK Segama mengucapkan Syabas dan Tahniah atas Pencapaian Murid dan Komitmen Guru.

Categories: Unit Sukan | Leave a comment

MTQ Zon Segama 2018

af81cb6a-9a56-46e4-85ee-1bf407415543Laporan Keputusan MTQ Zon Segama.
Tarikh : 27.02.2018 (Selasa)
Tempat : SM Sains LD

Tilawah L : Mohd Hazlee Roslee (Johan)
Tilawah P : Nurshafekah Maryam Lasalama (Naib Johan)

Syarahan L : Muhd. Raflee Rahim (Naib Johan)
Syarahan P : Khairunniswa Syadan (Naib Johan)

Hafazan P : Norkiyah Jun (Naib Johan)

Mohd Hazlee Roslee akan mewakili Zon Segama ke pertandingan peringkat Daerah pada 15.03.2018 bertempat di SM Sains.
Manakala Norkiyah Jun dan Nurshafekah Maryam Lasalama akan menjadi calon simpanan.

Categories: Berita, Sudut Rohani | Leave a comment

Kejohanan Merentas Desa SMK Segama 2018

Lahad Datu (Rabu): Merentas desa peringkat sekolah merupakan acara tahunan SMK Segama, Lahad Datu  yang bertujuan untuk memilih bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Disamping atlet sekolah yang telah tersedia terpilih untuk mewakili sekolah. Selain itu Merentas Desa ini dapat membentuk kekuatan fizikal semua pelajar untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar sepanjang sesi persekolahan pada tahun ini.

Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Segama merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh sekolah setiap tahun adalah untuk menghantar kontigen sekolah untuk bertanding di peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat Negeri Sabah. Kejohanan tersebut merupakan indikator bagi menunjukkan program latihan  awalan para atlit yang telah terpilih untuk mewakili sekolah.

Tarikh   :               14 Februari 2018
Hari       :               Rabu
Masa     :               8.00 pagi  hingga 11.30 pagi.
Tempat :             SMK Segama, Lahad Datu

Keputusan Rasmi

                 Keputusan bagi 5 peserta dengan mata tertinggi kategori LELAKI 18

 

                NAMA RUMAH SUKAN
Burhan (48’25) Satria
Aslan  (49’9) Waja
M. Sulhakim (50’5) Saga
Muhammad (52’41) Satria
Sharizan Syah (53’41) Saga

 

Keputusan bagi 5 peserta dengan mata tertinggi kategori LELAKI 15

 

                NAMA RUMAH SUKAN
Joshua (41’44) Waja
Julhan (45’07) Saga
Latun Asri (45’34) Wira
Umar (46’57) Wira
Qairil (47’13) Saga

 

Keputusan bagi 5 peserta dengan mata tertinggi kategori PEREMPUAN 18

 

                NAMA RUMAH SUKAN
Rani Lancoh (35’34) Saga
Nur Safikah Ismail (37’22) Saga
Nur Farah Zulaikha (38’36) Saga
Nurul Ain Usman (38’45) Wira
Sofia Rajik (39’02) Wira

 

 

Keputusan bagi 5 peserta dengan mata tertinggi kategori PEREMPUAN 15

 

                NAMA RUMAH SUKAN
Nurlinda  (35’31) Wira
Amiza (35’42) Wira
Rellvia (35’49) Wira
Catelina Siwoh (37’12) Waja
Siti Nurhayati (37’24) Wira

 Keputusan Mata Yang Dikutip Oleh Setiap Divisi

 

DIVISI L15 L18 P15 P18 JUMLAH KESELURUHAN
WAJA 89 52 93 44 278
SATRIA 93 70 70 53 286
WIRA 86 76 133 59 354
SAGA 118 61 95 107 381

 Kedudukan

JOHAN : SAGA
N/JOHAN : WIRA
KETIGA : SATRIA
KEEMPAT : WAJA

Categories: Unit Kokurikulum, Unit Sukan | Leave a comment

Program Solat Sunat Dhuha 2018

Unit Pendidikan Khas SMK Segama, Lahad Datu. 
Tajuk Program: Solat Sunat Dhuha Tahun 2018
Tarikh: 9 mac 2018
Objektif: Mencerapkan nilai-nilai murni murid Murid Berkeperluan Khas.
Tempat: Surau Sek. Men. Keb. Segama, Lahad Datu.
Objektif: Murid dapat memahami erti Solat Sunat Dhuha.
Fasilitator: Semua Guru dan Staf Unit Pendidikan Khas.

Categories: Pendidikan Khas | Leave a comment