browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Tinta Pengetua

Ucapan Alu-Aluan

Salam Sejahtera,

Akhirnya laman web SMK Segama dapat dilaksanakan pada tahun ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa laman web SMK Segama atas kejayaan membangunkan laman web sekolah ini.

Diharapkan dengan kewujudan laman web ini, guru-guru, pelajar dan ibu bapa akan sentiasa menggunakan laman web sekolah ini untuk memperluas maklumat berhubung dengan perkembangan sekolah, Disamping memudahkan pelanggan berurusan dengan pihak sekolah, mereka juga dapat menyalurkan maklumat, aduan, atau pertanyaan, dalam usaha membantu pihak sekolah memperkasa bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan pelajar dan lain-lain. Kepada pelajar diingatkan agar tidak menggunakan kemudahan internet untuk tujuan negatif, sebaliknya gunakan laman web ini untuk menambah maklumat dan bertukar pandangan bagi kecemerlangan diri dan sekolah.

Saya amat berharap semoga dengan adanya laman ini, semua pihak dapat mencambah idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum sekolah ini. Semoga semua tenaga kerja dan warga sekolah ini sentiasa menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah ini selaras dengan visi dan misi sekolah. Manfaatkanlah penggunaan internet untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran anda. Saya berkeyakinan bahawa barisan pendidik dan semua pelajar, mampu merealisasikan matlamat tersebut.

Saya juga berharap agar SMK Segama dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan hanya dari aspek akademik malah dari aspek sahsiah diri seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang turut menggariskan matlamat melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Akhir kata, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Sekian, terima kasih.

EN. YEOH SEK GOH
Pengetua SMK Segama, Lahad Datu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.