Perancangan Strategik Unit Hal Ehwal Murid
Pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan murid/pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pengurus/pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana pelajar-pelajar merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Oleh itu untuk mencapai hasrat ini, unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada pengawasannya khususnya pelajar-pelajar.
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Segama merupakan sebuah unit yang besar dan bertanggungjawab ke atas semua bidang pengurusan yang melibatkan pelajar. Unit ini di ketua oleh Penolong Kanan HEM iaitu Puan Chee Bee Hoe dan dibantu oleh semua jawatankuasa yang tertakluk di bawah bidang tugas HEM. Dengan slogan ”ILMU MEMBENTUK INSAN”, unit ini terus bergerak mantap dalam memastikan semua pelajar sekolah ini adalah pelajar minda kelas pertama sejajar untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan cemerlang.
PUAN CHEE BEE HOE
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
BIDANG TUGAS
Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1 (Pent.)
Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas.
Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM
Pembangunan Diri Pelajar.
Disiplin
Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni
Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku.
Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Program Perlindungan Pelajar.
Meracang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain diperingkat sekolah.
Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
Kesihatan
Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah.
Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
Skim Pinjaman Buku Teks
Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.
Biasiswa dan Bantuan.
Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan
Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.
Pengurusan
Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
Menguruskan pertukaran pelajar.
Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
Membantu merancang takwim sekolah.
Ko-Kurikulum
Sukan dan Permainan
Membantu merancang , melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan pada semua perigkat.
Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
Kelab/Persatuan
Menyelaraskan dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
Unit Beruniform
Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di peringkat sekolah.
Pembanguna Organisasi
Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Mengadakan kursus/ latihan untuk personal.
Pembangunan Kendiri
Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
Menghadiri seminar, kursus dan bengkel
Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah.
4. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.
Stastistik Jumlah Murid Sesi 2013
Dikemaskini Oleh Cikgu Normajidah Ali, Guru Data SMM
Segala kesulitan sangat dikesali.
Jawatan Kuasa Unit Hal Ehwal Murid
Sedang dikemaskini,
Segala kesulitan sangat dikesali.
salam sejahtera, tumpang tanya…
saya perlukan keputusan PMR saya untuk assignment saya d UNISEL shah alam… bagaimana saya boleh dapatkan copy slip exam tersebut….???
Boleh telefon pihak sekolah untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kerana melayari laman web SMK Segama.