browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Profil Sekolah

LOGO KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LOGO RASMI SMK SEGAMA, LAHAD DATU.

Visi

Menjadi Pusat Kecemerlangan Kurikulum dan Kokurikulum Menjelang 2015

Misi

  • Membentuk kepimpinan warga sekolah yang berkualiti
  • Mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dalam semua peringkat
  • Melahirkan modal insane yang berakhlak mulia, berketrampilan dan berilmu pengetahuan
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, selamat dan mesra alam
  • Membentuk pemuafakat unggul dalam kalangan warga sekolah

Moto

“ILMU MEMBENTUK INSAN”

Membentuk konotasi bahawa untuk melahirkan seorang “insan” yakni individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, asas utama yang perlu dibina dan diberi penekanan adalah penguasaan ilmu. Rasionalnya ilmu yang merentasi pelbagai bidang jika dihayati dan dipraktikan mampu menjadikan seseorang individu tu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Segama atau nama ringkasnya SMK Segama, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di KM 13 Jalan Lahad Datu-Sandakan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Segama memiliki 410 pelajar lelaki dan 421 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 831 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.

 Sejarah Sek. Men. Keb. Segama

Sekolah Menengah Kebangsaan Segama mula ditubuhkan pada 17 Disember 1999 dan pada ketika itu SMK Segama tidak mempunyai bangunan sendiri, maka disebabkan itu SMK Segama terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sepagaya yang terletak di Kg. Sepagaya. Ketika itu, prasarana serta kemudahan-kemudahan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kurang mencukupi kerana hanya 4 kelas sahaja digunakan. Ini menguji kesabaran guru dan kakitangan pada masa tersebut, namun guru-guru masih terus menjalankan tanggungjawab mereka dengan dedikasi berbekalkan semangat dan rasa tanggungjawab mereka kepada pelajar.

 Pada asalnya nama SMK Segama ialah SMK Agaseh II yang merupakan cawangan kepada SMK Agaseh, namun secara rasminya nama tersebut ditukar kepada SMK Segama pada tahun 2006. Nama SMK Segama ditukar untuk mencipta identitinya tersendiri dan bersesuaian dengan terletaknya bangunan tersebut di Jalan Segama.

 Pengetua SMK Segama yang pertama ialah Pn. Norsia Barne yang juga merupakan anak jati kelahiran Lahad Datu. Beliau telah mentadbir sekolah ini sejak tahun 1999 sehingga tahun 2002. Pn. Norsia turut terlibat dengan perpindahan SMK Segama ke bangunan baru yang juga merupakan bangunan sendiri SMK Segama. 20 Februari 2001 merupakan tarikh yang bersejarah bagi SMK Segama apabila secara rasminya berpindah ke bangunan baru yang terletak di kilometer 13, Jalan segama. Pada ketika itu, pelajar adalah terdiri daripada 216 orang manakala guru pula seramai 18 orang sahaja.

 Pada tahun 2002, tampuk pentadbiran telah diganti oleh En. Mohamad Khairuddin Abdullah. Beliau memegang jawatan sebagai pengetua bermula tahun 2002 sehingga pertengahan tahun 2006. Sepanjang tempoh penerajuan beliau di SMK Segama selama hampir 5 tahun, banyak perubahan yang berlaku iaitu pembangunan SMK Segama bersama prasarana yang ada dengan keceriaan yang memberangsangkan dan mengorak langkah ke arah kecemerlangan seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek anak bangsa Malaysia.

 Kemudiannya pada tahun 2007, sekali lagi SMK Segama mendapat pengetua perempuan iaitu Pn. Rodiah Hj. Untong. Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1962 dan berasal dari Batu Pahat. Berpegang kepada prinsip hidup beliau iaitu sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat beliau berjaya mentadbir SMK Segama dengan lancarnya sesuai dengan arus kecemerlangan pendidikan.

 Pengetua SMK Segama yang seterusnya berasal dari Kota Baharu, Kelantan. Beliau ialah En.Yeoh Sek Goh yang mengetuai pentadbiran SMK Segama bermula tahun 2008 sehingga kini, tahun 2013. Beliau juga telah membawa SMK Segama kepada kemajuan yang membangun apabila prestasi kurikulum mahupun ko-kurikulum semakin meningkat saban tahun. Beliau sentiasa memberi tumpuan utama kepada pelajar berlandaskan prinsip usaha untuk kepentingan semua pelajar khususnya dalam bidang akademik.

Lanskap SMK Segama

Sejarah Sekolah

14 comments on “Profil Sekolah

  1. aloohaaaa…..SMK SEGAMA RUPANYA TERLETAK DI DALAM PETI SURAT 61400 YA…….HRMMMM… muat ka tu rich???? hehehhe

  2. SMK SEGAMA…sngat rindu…sekolah yg membentuk diri sya skrng..7 tahun terlalu banyak kenangan..rindu semua cikgu2 yg mendidik dan membimbing hingga sya berjaya ke menara gading..teruskan usahamu duhai guru..

  3. rindu nya skola ni… wlupon dah lma tggalkan tp mcm bru smlm jak tgglkan… sekolah yang mgajar aq erti sebuah khdpan… sahabat n guru2 ku syg korang

  4. “terasa bagaikan semalam meningalkan sekolah, rindu pada teman2x yang belajar bersama dan lebih rindu pada guru2x pendidik yang sabar melayan karenah kami, megajar kami tanpa rasa letih@penat” >>terima kasih Cikgu hanya ALLAH sahaj yang dapat membalas jasamu<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.