browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kejohanan Remaja Taekwondo Negeri Sabah

Posted by on May 28, 2013

Cikgu Nurhafizah Sahat selaku guru pengiring bersama peserta.

Kota Kinabalu-Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada peserta-peserta taekwondo dari sekolah ini kerana telah menunjukkan kesungguhan dan keupayaan diri sehingga berjaya merangkul beberapa pingat dalam Kejohanan Remaja Taekwondo Negeri Sabah.

Pertandingan tersebut telah berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu selama tiga hari iaitu bermula pada 24 hingga 26 Mac 2012 yang lalu. Julung kalinya SMK Segama, Lahad Datu telah menghantar seramai sebelas orang peserta di bawah bimbingan dan tunjuk ajar  jurulatih iaitu Cikgu Redzuan, Cikgu Richeal, Jurulatih Bernardo dan Jurulatih Rizal. Tujuh daripada mereka masing-masing telah berjaya membawa pulang pingat emas, perak dan gangsa.

Pihak sekolah amat menghargai hasil usaha mereka sehingga dapat membawa pulang 3 Perak, 3 Gangsa dan 1 Emas ke sekolah ini untuk dijadikan contoh tauladan dan pembakar semangat kepada murid-murid yang lain.

2 comments on “Kejohanan Remaja Taekwondo Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.