browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013

Posted by on May 23, 2013

LAHAD DATU– SMK Segama, Lahad Datu telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sebagai usaha berterusan mengiktiraf pencapaian murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Majlis yang penuh ceria dan gemilang telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah merangkap Ketua Unit Sains dan Matematik PPD Lahad Datu, Dr Haji Suharpi Lasuddang. Turut hadir bukan sahaja para ibubapa tetapi juga Pengerusi PIBG dan Jawatankuasanya, Guru Besar dan Pengetua dari sekolah Lahad Datu.
Ketua Unit Sains dan Matematik PPD Lahad Datu, Dr Haji Suharpi Lasuddang dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah dan penghargaan di atas komitmen, kerjasama dan pemufakatan antara sekolah dengan institusi dan kepimpinan masyarakat. Tegas beliau, pemufakatan inilah formula besar dan utama dalam menjana kecemerlangan pendidikan di sekolah kerana menurut beliau pembangunan kecemerlangan pendidikan tidak boleh dilaksanakan secara sendirian.
Sebelum itu, En. Yeoh Sek Goh, Pengetua SMK Segama, Lahad Datu dalam ucapan aluan-aluan mengajak ibubapa supaya bersama berusaha seiring pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak khususnya di SMK Segama.
Hari Anugerah Kecemerlangan,SMK Segama turut meraikan murid-murid, pencapaian cemerlang akademik, kokurikulum bahkan juga dalam pencapaian sahsiah.Sesungguhnya usaha-usaha menghargai bakat, kebolehan dan pencapaian anak-anak semestinya menjadi agenda motivasi berterusan setiap sekolah dalam usaha menjana kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 2013 telah disandang oleh Saudari Khairunnisa binti Syadan di atas kejayaan cemerlang yang telah dilakar sepanjang berada di SMK Segama, Lahad Datu.

MONTAJ ANUGERAH

Disediakan: En Richeal Phil Thien Kim How

Ehsan Gambar: En Alawi Abd Bakil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.