browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Tips di Akhir Ramadhan

Posted by on August 12, 2012
  • Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar. Beri’tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
  • Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na’uzubillah… Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi.
  • ¬†Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajabnya doa
  • Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.

[Jawatankuasa Penghayatan Nilai Islam]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.