Majlis Sukan Olahraga Sekolah Segama (MSOSS) Kali Ke-12 telah diadakan pada 26 – 28 Jun 2012 yang lalu. Kejohanan ini telah berjaya merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan. Kejohanan yang menyaksikan pertandingan antara 5 buah rumah sukan ini telah dirasmikan oleh oleh Yang Dipertua PIBG En. Musran Bin Abdul Latif.
Kedatangan beliau bukan sahaja telah berjaya memberi semangat kepada semua pelajar tetapi kepada para ibu bapa yang telah berkumpul sejak daripada awal pagi untuk menyambut kedatangan beliau. Beliau menerima tabik hormat daripada 5 buah Divisi rumah sukan yang bertanding iaitu, Saga, Satria, Waja, Wira, dan Pra-u. Setiap perarakan perbarisan diketuai oleh Ketua Perbarisan masing-masing.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian, En. Musran Bin Abdul Latif terharu atas undangan perasmian sukan olahraga. Menurutnya lagi, SMK Segama bukanlah asing baginya kerana kerap memperolehi undangan, namun undangan untuk sukan amat jarang. Kesempatan ini beliau mengharapkan SMK Segama akan terus cemerlang dalam bidang sukan dan permainan. En. Musran Bin Abdul Latif juga amat berbangga dengan pencapaian sukan olahraga SMK. Segama.
Majlis Sukan Olahraga Sekolah Segama (MSOSS) berjalan dengan lancar walaupun keadaan panas yang terik. Divisi Wira yang dipimpin oleh En. Ramdan Syarif Alias berjaya dinobatkan sebagai johan olahraga setelah berjaya mengekalkan kedudukan teratas sejak hari pertama kejohanan dengan mengumpul 21 pingat Emas, 13 perak dan 12 pingat Gangsa dengan jumlah pungutan keseluruhan pingat 46. Diikuti Divisi Waja yang diketuai oleh En. Hafiz Bin Ahmad dengan mengutip 15 pingat emas, 11 pingat perak dan 15 pingat gangsa dengan jumlah pungutan pingat keseluruhan sebanyak 41 pingat. Divisi Satria diterajui En. Arwan Aripin telah menduduki tempat ke-3 setelah berjaya mengumpul 10 pingat emas, 14 perak dan 13 pingat gangsa dengan jumlah keseluruhan pungutan pingat sebanyak 37 pingat. Sementara itu, Divisi Saga dan Pra-u masing-masing menduduki tempat ke-4 dan ke-5 dengan Saga dibawa pimpinan En. Mohd Afri Tangilol mengupul 7 emas, 13 perak serta 9 pingat gangsa dan jumlah keseluruhan pungutan ialah 29 pingat manakala Divisi Pra-u dikemudikan oleh En. Ahmadi Abd. Wahab berjaya mendapat 3 emas, 5 perak dan 2 gangsa dengan jumlah keseluruhan 10 pingat dan terpaksa akur dengan kehebatan divisi lain apabila menduduki tempat terakhir.
Bagi anugerah atlet terbaik iaitu Olahragawan dan Olahragawati telah disempurnakan oleh En. Musran Bin Abd. Latif dan diiringi oleh Tuan Pengetua SMK Segama En. Yeoh Sek Goh. Bagi Anugerah Olahragawati Kategori Perempuan bawah 15 tahun telah dianugerahkan kepada adik Irayani Binti Jori dari Divisi Waja dengan mendapat 3 pingat emas menerusi acara Lontar Peluru, Lempar Cakera dan acara Merejam Lembing dengan mencatat rekod baru kejohanan dengan rejaman 27.02 meter. Bagi anugerah olahragawan kategori lelaki bawah 15 tahun telah disandang oleh adik Farouk Seagil dengan memperolehi 3 pingat emas dalam acara Lontar Peluru, Merejam Lembing dan Melempar Cakera.
Seterusnya bagi anugerah Olahragawati kategori Perempuan bawah 18 tahun telah disandang oleh Adik Lieza Erdiwati Binti Ali Hanafia dengan memperolehi 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa menerusi acara 800 meter, 400 meter, Lompat Tinggi, 4×100 meter dan 4×400 meter. Manakala, Anugerah Olahragawan kategori Lelaki bawah 18 tahun telah dianugerahkan kepada adik Jezron Juladius dengan mengumpul koleksi emas sebanyak 4 pingat sekaligus menerusi acara Lontar Peluru, Lompat Tinggi, 4×100 meter dan mencatat rekod baru kejohanan dalam acara Merejam Lembing dengan catatan 39.62 meter.
Acara kemuncak yang dinanti-nantikan pada hari terakhir adalah acara lari berganti-ganti 4×100 meter bagi semua kategori dan acara ini ternyata dikuasai oleh Divisi Satria dengan mendapat 2 emas menerusi kuartet Perempuan dan Lelaki bawah 15 tahun walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal. Bagi kategori guru-guru dalam acara 4×100 meter yang telah dimenangi oleh rangkaian pelari En. Ramdan Syarif Alias, En. Richeal Phil, En. Chung Tze Bing dan En. Syarif Nureddin dan tempat kedua dimenangi oleh kumpulan pelari pilihan iaitu En. Dexter Silam, En. Mohd Hafiz Ahmad, En. Faizal Razali dan Pelari terakhir En. Heryasim Kassim. Bagi tempat ketiga telah disandang oleh gabungan pelari muda dan veteran iaitu Tuan Haji Saharudin Landide, En. Nurkie Bin Piritus, En. Ruslin Dani dan pelari terakhir selaku PK Kokurikulum En. Mohd Khir Bin Abu Bakar.
[Nukilan En. Nurki Piritus]
Johan Perbarisan: Divisi Saga
Salah Satu Acara Diadakan
Peserta Persembahan bersama Cikgu Jessica Lau





![[gickr.com]_c9dbbf92-9684-cbc4-25b8-81b8414d05da](http://smksegama.com/wp-content/uploads/2012/11/gickr.com_c9dbbf92-9684-cbc4-25b8-81b8414d05da.gif)
























wira the best…
wira mmg best…sya jgak yg pngang rkod bru lembing..
wira the best..
Tahun depan SMK. Segama akan dilanda bencana!!!
~~TSUNAMI SATRIA~~
habis laaa….
wei.. sapa tulis 2h gna nma sa… x ada sa ckp bg2…
sembarangan sja
ada jg gmbr budk2 persembahan.
Uiii.. Syiok gilaaaaaaaaaaaaaaaa bahhhhhhhhh aQ d sEgama nie!!!!………..