- cof
SMK Segama, Lahad Datu, 17.8.2018– SMK Segama telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2018 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan Negara yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Cik. Pn. Hjh. Saida Hj. Usman (Pengetua). Tabung Harapan Malaysia juga dilancarkan semasa majlis tersebut.
Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid Pendidikan Khas hingga Tingkatan 6, dan dikendalikan oleh Unit Kokurikulum, Bidang Kemanusiaan, Panitia Sejarah, Panitia Moral dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).