Lahad Datu, 29 Julai 2018 (Khamis): Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2018 SMK Segama ini dirasmikan oleh YB Tuan Assaffal P. Alian (ADUN N.49 Tungku dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah). Majlis yang diadakan untuk menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Segama, Lahad Datu dalam bidang akademik dan kokurikulum ini dimulakan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua & Penolong Ketua Kelas dan Kehadiran Penuh.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah dan Sijil Kecemerlangan Kokurikulum.
Aturcara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang, Panitia cemerlang, tokoh pelajar dan berakhir dengan pemberian cenderahati kepada perasmi. Secara keseluruhan majlis ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua ajk yang terlibat.
Dengan meletakkan persaingan yang positif sebagai salah satu objektif program, diharapkan agar majlis seumpama ini akan terus merangsang pelajar untuk belajar dengan lebih tekun dan mengasah semua bakat yang ada supaya dapat serlahkan disemua peringkat.