browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Posted by on March 11, 2018

Suasana yang dirakamkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK Segama 2018.

 Tarikh: 03 Mac 2018 (Sabtu)

Masa: 8.00 Pagi

Tempat: Dewan SMK Segama, Lahad Datu

Dengan ini berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK Segama. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal. ADUN N.50 Lahad Datu, Merangkap Ketua Bahagian UMNO P188 Silam. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang akan meletuskan kejayaan dan kegemilangan SMK Segama pada tahun 2018.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.