browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kejohanan Olahraga (Balapan dan Padang) Tahun 2018

Posted by on January 20, 2018

Lahad Datu: Pada 16 – 18 Januari 2018 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Lahad Datu telah mengadakan Kejohanan Olahraga 2018. Acara diadakan di Kompleks Sukan Lahad Datu. Sukan yang dipertandingkan pula mengikut divisi (rumah sukan) masing-masing. Johan bagi Kejohanan Olahraga ini dijuarai oleh Divisi Waja (Rumah Kuning), seterusnya naib johan Divisi Saga (Rumah Merah), tempat ketiga adalah pasukan daripada Wira (Rumah Biru) dan tempat keempat daripada pasukan Satria (Rumah Hijau).

Laporan Ringkas KOT 2018

Juara Keseluruhan Rumah Sukan
1.Waja 2. Saga 3. Wira 4. Satria

Juara Perbarisan
1.Waja 2. Satria 3.Wira 4.Saga
ANUGERAH SUKAN OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI
Anugerah Olahragawati P15
Nama: Jacquelyn Magline Yusof
Acara: 200m,lontar peluru(Rekod Baharu),lempar cakera(Rekod Baharu), 4×100, 4×400

Anugerah Olahragawan L15
Nama Laturi Asri
Acara Lompat tinggi (Rekod Baharu)

Anugerah Olahragawati P18
Nama Dayang Sheila Datu Abdul Razak
Acara 400m(Rekod Baharu), 400m pagar, lompat kijang, 4×100, 4×400

Anugerah OlahragawanL18
Nama Mohd Eizlan Mutahar
Acara 100m (Rekod Baharu),200m(Rekod Baharu),110m pagar, 4×100,4×400
Kejohanan ini dirasmikan oleh: Tuan Ir. Rajesh Datuk Mohd Yusof (Pegawai Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Lahad Datu)
VIP : YDP PIBG En. Musran Abd Latif,
Pengetua: Cik Puan Hajah Saida Usman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.