browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Posted by on January 22, 2017

SMK SEGAMA, Lahad Datu – Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Segama telah berlangsung dengan meriah pada 14 Januari 2017. Program tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid dalam 4 divisi, iaitu Wira, Saga, Satria dan Waja. Setiap murid yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke-10 untuk setiap divisi layak menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Kejohanan tahun ini dimenangi oleh Divisi Waja.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik yang diketuai oleh Puan Christine Donald serta melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Nurki Piritus selaku penyelaras kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut kategori, Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Segama, En. Yeoh Sek Goh dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), En. Musran Abdul Latif. Kejohanan kali ini juga dibantu oleh polis trafik Cawangan Lahad Datu dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Lahad Datu bagi mengawal lalulintas terutama di jalan besar. 

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, di mana semua peserta yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-10 dalam kategori masing-masing telah menerima pingat kejohanan. Piala Pusingan pula telah disampaikan kepada Ketua Rumah Sukan yang berjaya menjadi Johan. Sekolah Menengah Kebangsaan Segama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kejohanan Merentas Desa SMK Segama 2017. Di akhir program, satu jamuan telah diadakan untuk para jemputan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.