Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
OBJEKTIF
- Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
- Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
- Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
- Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
- Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
- Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 8 Oktober 2016
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : SMK Segama, Lahad Datu.