browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Sambutan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016

Posted by on June 23, 2016

Fullscreen capture 2362016 90314 PM

Lahad Datu, 26 Mei 2016: Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2016 SMK Segama ini dirasmikan oleh ADUN N.50 Lahad Datu, Merangkap Ketua Bahagian UMNO P188 Silam, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Bin Apdal. Majlis yang diadakan untuk menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Segama, Lahad Datu dalam bidang akademik dan kokurikulum ini dimulakan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua & Penolong Ketua Kelas dan Kehadiran Penuh.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah dan Sijil Kecemerlangan Kokurikulum.

Aturcara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang, Panitia cemerlang, tokoh pelajar dan berakhir dengan pemberian cenderahati kepada perasmi. Secara keseluruhan majlis ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua ajk yang terlibat.

Dengan meletakkan persaingan yang positif sebagai salah satu objektif program, diharapkan agar majlis seumpama ini akan terus merangsang pelajar untuk belajar dengan lebih tekun dan mengasah semua bakat yang ada supaya dapat serlahkan disemua peringkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

HTML tags are not allowed.