browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Monthly Archives: June 2012

Semakan Ibu Bapa. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Lahad Datu-Ibu bapa dan penjaga kini boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara atas talian melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Diharap sistem ini dapat memudahkan ibu bapa memantau prestasi akademik anak masing-masing. Sila klik gambar di bawah

Categories: Kurikulum | 2 Comments

Kejohanan Balapan dan Olahraga MSOSS 2012

Majlis Sukan Olahraga Sekolah Segama (MSOSS) Kali Ke-12 telah diadakan pada 26 – 28 Jun 2012 yang lalu. Kejohanan ini telah berjaya merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan. Kejohanan yang menyaksikan pertandingan antara 5 buah rumah sukan ini telah dirasmikan oleh oleh Yang Dipertua PIBG En. Musran Bin Abdul Latif. Kedatangan beliau bukan sahaja telah berjaya memberi semangat kepada semua … Continue reading »

Categories: Unit Sukan | 8 Comments

Refleksi Hari Kedua Kejohanan Olahraga

Lahad Datu-Setelah 2 hari bertanding dalam Sukan olahraga, seolah-olah gengaman Piala Pusingan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Segama akan kekal di tangan Divisi Wira. Namun, divisi-divisi lain tetap bersungguh-sungguh mematahkan impian divisi Wira.  Walaupun panas terik, acara tetap diteruskan. Kejar mengejar mata dan pingat antara setiap Divisi berlangsung hingga ke acara-acara akhir, 4 X 400 meter dan 200 meter. Malah Waja juga … Continue reading »

Categories: Unit Sukan | Leave a comment

Sukan SMK Segama 2012 – Imbasan Hari Pertama

Lahad Datu:  Seramai kira-kira 120 orang atlit sekolah mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga antara divisi SMK Segama, Lahad Datu bermula pagi tadi. 17 acara telah dilangsungkan termasuk saringan dan acara akhir selesai kira-kira jam 12.30 sebentar tadi. Bagaimanapun belum ada rekod baru yang dicatatkan. “Mungkin esok ada” ujar cikgu Nurki apabila Cikgu Richeal bertanyakan rekod … Continue reading »

Categories: Unit Sukan | Leave a comment

Latihan Atlit Setiap Divisi

Lahad Datu-Latihan Divisi Wira, Divisi Satria, Divisi Waja dan Divisi Saga. Walaupun dengan kemudahan sukan yang sangat terhad, berbekalkan semangat pelajar dan guru, diharapkan semua latihan olahraga setiap divisi dapat dijalankan dengan jayanya. TARIKH : 26-27 (Selasa dan Rabu) MASA : 7.30 am -12.20 pm TEMPAT : Trek Olahraga SMK Segama, Lahad Datu ACARA : 100m,200m,lompat jauh, renjam lembing, lontar … Continue reading »

Categories: Unit Sukan | Leave a comment

Majlis Perpisahan Cikgu Samsirah Sjamsudin

Lahad Datu-Sudah menjadi lumrah dunia bertemu dan berpisah adalah perkara biasa. Pada 23 Jun 2012, SMK Segama telah kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi iaitu Cikgu Samsirah Sjamsudin.  Sehubungan dengan itu, Kelab Guru dan Staf SMK Segama telah menyediakan hadiah kenang-kenangan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Segama.  Para guru juga telah berjaya menganjurkan satu jamuan perpisahan … Continue reading »

Categories: Staf | 3 Comments

Hari Bertemu Waris 2012

Lahad Datu-Jumaat bersamaan dengan 22 Jun 2012 mulai jam 7.30am hingga 11.00 pagi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Segama telah diadakan hari bertemu waris bagi semua pelajar. Program seperti ini telah diadakan setiap tahun. Sambutan yang diberikan oleh para Ibubapa amat menggalakkan. Sesi temubual antara ibubapa dan guru kelas berjalan lancar dan mencapai matlamat yang … Continue reading »

Categories: Berita | 2 Comments

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah

RASANYA masih belum terlewat untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian pada Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Negeri pada 20 Jun 2012 (Rabu) di SMK Segama, Lahad Datu. Majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Segama bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada 2.30 tengahari. Antara kategori yang dipertandingkan pada … Continue reading »

Categories: Pendidikan Khas | Leave a comment

Latihan Olahraga Hari Pertama (18.6.2012)

Lahad Datu-Latihan olahraga telah bermula pada hari ini iaitu 18 Jun 2012. Ini diikuti pula dengan Fasa kedua pada hari esok (19 Jun 2012). Antara latihan yang telah diadakan ialah 100 meter, lompat tinggi, renjam lembing,  lempar cakera dan lontar peluru. Semua rumah sukan sedang giat mengadakan latihan intensif memandangkan masa yang semakin singkat. Adalah … Continue reading »

Categories: Unit Sukan | 1 Comment

Kem Latihan Pemimpin Muda 2012

Lahad Datu–Kem Latihan Pemimpin Muda 2012  anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah berlangsung dengan jayanya di SMK Segama, Lahad Datu bermula 17 – 18 Jun yang lalu. Program ini mendedahkan corak kepimpinan dan kaedah-kaedah menjadi pemimpin yang baik. Selain itu pelbagai aktiviti sampingan juga diadakan sepanjang program ini.

Categories: UBK | Leave a comment