Uncategorized
Kejohanan Balapan dan Olahraga 2014 (27.8.14)
Hari Pertama (27.8.2014) Antara acara yang berlangsung hari pertama ialah 800m, 400m, lempar cakera, lontar peluru dan merenjam lembing. Kejohanan hari pertama adalah lebih meriah apabila disertai oleh pelajar-pelajar pendidikan khas.
Sukantara 2014
SMK Segama, Lahad Datu – Sukantara SMK Segama bermula kelmarin dengan lima divisi mengambil bahagian dalam acara padang dan balapan dalam usaha untuk mengumpul mata kemenangan rumah masing-masing. Program tersebut yang merupakan salah satu aktiviti tahunan kokurikulum di SMK Segama melibatkan semua murid termasuk … Continue reading
Perpindahan Yang Tidak Diduga
Cikgu Sri Rajeswari Karmehen atau lebih dikenali dengan panggilan Teacher Sri Rajes telah dipindahkan ke semenanjung setelah 7 tahun berkhidmat di SMK Segama. Beliau disertai oleh seorang guru iaitu Cikgu Hafizah Mohd Nor yang akan berpindah ke semenanjung mengikut suami. Majlis perpisahan telah diadakan pada 24 May 2012 sejurus selepas Jamuan Hari Anugerah Kecemerlangan. Majlis … Continue reading
Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan 2012
Lahad Datu, 24 Mei 2012: Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012 SMK Segama ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Dr. Hj. Suharpi Lasuddang. Majlis yang diadakan untuk menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Segama, Lahad Datu dalam bidang akademik dan kokurikulum ini dimulakan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua & Penolong Ketua Kelas dan Kehadiran Penuh. … Continue reading
Sambutan Hari Guru 2012
Rabu, 16 Mei 2012 – Sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari ini tetap disambut meriah. Tak seperti tahun-tahun lepas, sambutan kali ini agak sederhana tetapi masih mengundang keceriaan kepada warga guru dan murid dengan pelbagai acara dan gelagat warga Sekolah Menengah Kebangsaan Segama, Lahad Datu. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meraikan majlis gilang gemilang … Continue reading
Segama Johan Taekwondo Daerah
Kelab Taekwondo SMK Segama, Lahad Datu muncul sebagai juara dalam kejohanan julung kali dianjurkan, Kejohanan Taekwondo Terbuka Bebas Rokok di Lobi Hospital Lahad Datu,12 dan 13 Mei yang lalu. Pasukan Sekolah memenangi kategori Lelaki dan Perempuan dengan meraih 7 pingat emas, 9 perak sekali dan 3 gangsa sekaligus membawa pulang trofi kejohanan manakala SMK Terusan … Continue reading