Selamat Datang kami ucapkan ke Laman Web SMK Segama, Lahad Datu. Semoga semua warga sekolah khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini.
|
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.
|
|
Sek. Men. Keb. Segama, Peti Surat 61400, 91122, Lahad Datu, Sabah. |
Selamat Datang kami ucapkan ke Laman Web SMK Segama, Lahad Datu. Semoga semua warga sekolah khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini.
LAHAD DATU- SMK Segama, Lahad Datu telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sebagai usaha berterusan mengiktiraf pencapaian murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Majlis yang penuh ceria dan gemilang telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah merangkap Ketua Unit Sains dan Matematik PPD Lahad Datu, Dr Haji Suharpi Lasuddang. Turut hadir bukan sahaja para ibubapa tetapi juga Pengerusi PIBG dan Jawatankuasanya, Guru Besar dan Pengetua dari sekolah Lahad Datu.
Ketua Unit Sains dan Matematik PPD Lahad Datu, Dr Haji Suharpi Lasuddang dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah dan penghargaan di atas komitmen, kerjasama dan pemufakatan antara sekolah dengan institusi dan kepimpinan masyarakat. Tegas beliau, pemufakatan inilah formula besar dan utama dalam menjana kecemerlangan pendidikan di sekolah kerana menurut beliau pembangunan kecemerlangan pendidikan tidak boleh dilaksanakan secara sendirian.
Sebelum itu, En. Yeoh Sek Goh, Pengetua SMK Segama, Lahad Datu dalam ucapan aluan-aluan mengajak ibubapa supaya bersama berusaha seiring pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak khususnya di SMK Segama.
Hari Anugerah Kecemerlangan,SMK Segama turut meraikan murid-murid, pencapaian cemerlang akademik, kokurikulum bahkan juga dalam pencapaian sahsiah.Sesungguhnya usaha-usaha menghargai bakat, kebolehan dan pencapaian anak-anak semestinya menjadi agenda motivasi berterusan setiap sekolah dalam usaha menjana kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 2013 telah disandang oleh Saudari Khairunnisa binti Syadan di atas kejayaan cemerlang yang telah dilakar sepanjang berada di SMK Segama, Lahad Datu.
Disediakan: En Richeal Phil Thien Kim How
Ehsan Gambar: En Alawi Abd Bakil
Khamis 16 Mei 2013 merupakan Hari Guru bagi seluruh Malaysia. Di SMK Segama sambutan Hari Guru telah disambut sebagaimana kebiasaan setiap tahun. Majlis dimulakan dengan upacara rasmi di Dataran Perhimpunan. Turut hadir ialah En
Acara sambutan hari guru yang bermula jam 7.00am pagi tersebut telah diserikan oleh persembahan koir guru-guru dan deklamasi sajak, koir Pra U, penyampaian anugerah guru serta nyanyian pelajar.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjadi penaja sambutan hari guru dan terima kasih daun keladi kepada KESTAMA, Lembaga Pengawas dan Pelajar Pra U yang telah menganjur majlis ini dengan meriah dan lancar. Semoga sambutan pada tahun akan datang lebih meriah dan memberi makna kepada semua warga sekolah.
Pada 6 April 2012 (Sabtu), telah diadakan Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM). Seramai 98 pelajar dari SMK Segama telah terpilih untuk menerima komputer peribadi. Pemilihan para pelajar berdasarkan beberapa kriteria iaitu cemerlang dalam akademik dan mempunyai rekod disiplin yang baik.
Disamping itu pendapatan isi rumah juga diambil kira. Objektif majlis ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar yang kurang berkemampuan tetapi cemerlang dari segi akademik dan sahsiah memiliki komputer sendiri. Tetamu kehormat yang turut hadir ialah YB. Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Silam dan En. Musran Bin Abdul Latif, YDP PIBG SMK Segama, Lahad Datu. Majlis bermula pada pukul 3.30 petang dan dimulai dengan ucapan dari YB. Datuk Datu Nasrun Datu Mansur. Sejurus selepas itu, beliau menyampaikan 98 buah komputer riba kepada 98 orang pelajar. Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang. Diharap dengan pemberian komputer secara percuma kepada para pelajar dapat melahirkan para pelajar SMK Segama yang celik ICT dan dapat meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar untuk melangkah jauh ke hadapan.
PELAJAR 10 A :LIEW HUNG KHI
Lahad Datu, 21 Mac 2012- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2012 telah pun diumumkan. Pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2012 telah hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan awam yang telah pun mereka duduki. Pagi yang penuh debaran dan disertai oleh kabus yang nyaman akan menentukan hasil usaha dan tawakal para pelajar tingkatan lima tahun lepas. Pengambilan keputusan bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari di pejabat sekolah. Pelajar yang tidak berkesempatan untuk hadir boleh menyemak keputusan mereka melalui ‘my sms’ yang telah dirasmikan oleh kerajaan. Seramai 11 orang pelajar SMK Segama telah menempa kecemerlangan. Berikut adalah senarai nama pelajar tersebut.
|
BIL |
NAMA |
PAKEJ |
KEPUTUSAN |
PNGK |
|
1 |
LIEW HUNG KHI |
SAINS TULEN |
A+(4), A(4), A-(2) |
0.8 |
|
2 |
RAHMIATI BINTI LAHADI |
SAINS TULEN |
A+(5), A (2), A-(2), B+(1) |
0.90 |
|
3 |
SURIANTY BINTI LAKASA |
SAINS TEKNOLOGI |
A+(5), A(2), A-(0), B+(1), B(1) |
1.00 |
| 4 | SUFATLI BIN NURDIN |
SAINS TULEN |
A+(2), A(4), A-(3), B+(1) |
1.30 |
| 5 | FETRIAWANTI BINTI BENTAR |
SAINS & TEKNOLOGI |
A+(2), A(4), B+(2), C+(1) |
1.67 |
| 6 | MAYSULINDA BINTI SULTAN |
SAINS & TEKNOLOGI |
A+(2), A(3), A-(1), B+(1), B(1), C+(1) |
1.89 |
| 7 | SHAFIQAH BINTI ADIN |
SAINS TULEN |
A+(3), A(2), A-(1), B+(1), B(2), C+(1) |
2.00 |
|
8 |
QUELIN SIALID |
SAINS & TEKNOLOGI |
A+(1), A(4), A-(1), B(3) |
2.00 |
|
9 |
MOHD HAZWAN BIN ISMAIL |
SASTERA |
A+(1), A(4), A-(1), B(1), C(1) |
2.11 |
|
10 |
MAIZURAH BINTI HAMZAH |
SAINS TULEN |
A+(2), A(3), B+(2), B(2), C+(1) |
2.20
|
| 11 | MIFTAHUL BINTI MUSRAN |
SAINS TULEN |
A+(2), A(2), A-(2), B+ (2), C+(2) |
2.20 |
Keputusan SPM pada tahun ini menurun sedikit dari segi peratus lulus tetapi GPS adalah meningkat berbanding tahun lepas. Namun, tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SPM 2012 kerana berjaya menduduki peperiksaan ini dengan penuh keazaman. Tahniah diucapkan buat yang berjaya dan bagi yang kurang berjaya teruskan berusaha dan jangan sesekali berputus asa kerana usaha itu tangga kejayaan.
[LAPORAN ANALISIS DISEDIAKAN OLEH CIKGU OZIAH RUDIN DAN USTAZAH ZAITUL FARAH, S/U SPM]
Lahad Datu, 18 Mac 2013- Keputusan STPM telah pun diumumkan. Pelajar-pelajar bekas Pra U turut hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan peperiksaan awam yang telah pun mereka duduki. Pagi yang penuh debaran dan disertai oleh kabus pagi yang nyaman akan menentukan hasil usaha dan tawakal para pelajar Pra U. Pengambilan keputusan bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 tengahari di pejabat sekolah. Pelajar STPM yang tidak berkesempatan untuk hadir boleh menyemak keputusan mereka melalui ‘my sms’ yang telah dirasmikan oleh kerajaan. Seramai orang 6 pelajar SMK Segama telah menempa kecemerlangan dengan mendapat keputusan GPA 3.00 ke atas.
|
BIL |
NAMA PELAJAR |
P.AM |
BM |
SEJ |
EKO |
GEO |
SAS |
PENCAPAIAN |
GPK |
|
1 |
SITTI NUR ALAM MAPPIARE |
B |
A |
A |
|
A |
|
3A, 1B |
3.75 |
|
2 |
RAINI BINTI JUSA |
B- |
B |
A- |
A- |
|
|
2A-, 1B, 1B- |
3.25 |
|
3 |
JUSMAN SYARIFUDDIN |
B |
B+ |
A- |
|
B |
|
1A-, 1B+, 2B |
3.25 |
|
4 |
FLORIS JESSELEE CHIPAT |
B+ |
C+ |
A |
|
B+ |
|
1A, 2B+, 1C+ |
3.25 |
|
5 |
NORIEDA LAJIM |
B- |
B |
A- |
|
B |
|
1A-, 2B, 1 B- |
3.09 |
|
6 |
MOHD SYUKRI SAHARUDIN |
B- |
C+ |
A |
|
B |
|
1A, 1B, 1B-, 1C+ |
3.00 |
Keputusan STPM pada tahun ini menurun sedikit berbanding tahun lepas. Namun, tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Pra U kerana berjaya menduduki peperiksaan ini dengan penuh keazaman. Tahniah diucapkan buat yang berjaya dan bagi yang kurang berjaya teruskan berusaha dan jangan sesekali berputus asa kerana usaha itu tangga kejayaan.
[Analisis STPM disediakan oleh CIKGU ROSNAWATI BINTI TIPU, SETIAUSAHA PEPERIKSAAN STPM ]
Sehubungan dengan itu, para pelajar SPM 2012 diminta untuk hadir ke sekolah untuk majlis penyerahan slip keputusan yang akan diadakan di pejabat sekitar pukul 12 tengahari.
Pada 16 Mac 2013 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 di SMK Segama, Lahad Datu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Kolonel (K) Dr Hj Salleh Hj. Kalbi. Ahli Parlimen Malaysia P188 Silam.
Pelbagai agenda dan aktiviti untuk sesi 2013 telah dibincangkan dan dipersetujui.
Pelbagai isu-isu yang melanda pada tahun 2012 juga telah di bincangkan dan diselesaikan.
Semoga dengan semua persetujuan yang telah dicapai dapat meningkatkan Prestasi SMK Segama, Lahad Datu untuk sesi 2013 ini.
Tahniah juga diucapkan kepada AJK Tertinggi PIBG yang telah terpilih bagi sesi 2013/2015.
Nantikan Berita Penuh Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 setelah mendapat maklumat penuh daripada Setiausaha Agung PIBG.
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan dikeluarkan pada 18 Mac 2013. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.
(SUMBER LAMAN WEB KPM)
LAHAD DATU – Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan pasukan keselamatan negara merupakan satu sejarah berdarah yang amat mendukacitakan kita sebagai rakyat Malaysia.
Guru Cemerlang Sejarah, En. Dexter Silam berkata, kesan daripada peristiwa itu, seramai sembilan anggota keselamatan telah terkorban.
“Kematian mereka telah meninggalkan kesan yang besar kepada keluarga masing-masing dan seluruh rakyat Malaysia amnya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis menyokong pelancaran Tabung Wira Lahad Datu, Sabah yang disempurnakan oleh Pengetua, En Yeoh Sek Goh semasa perhimpunan rasmi pada hari ini.
Menurutnya, SMK Segama merupakan sebuah agensi pendidikan yang rapat dengan masyarakat amat tersentuh dengan peristiwa berdarah yang menimpa negara ini.
Memetik ucapan En. Yeoh Sek Goh, “Sebagai rakyat, kita mahu hidup dalam keadaan aman dan selamat selamanya di tanah air kita sendiri.”
Sebagai tanda simpati dan mengenang jasa perajurit negara yang telah terkorban. SMK Segama juga tidak turut ketinggalan menyokong pelancaran Tabung Wira Lahad Datu untuk disumbangkan kepada keluarga perwira tersebut.
Para guru dan pelajar yang ingin menderma kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna boleh berbuat demikian di tabung derma yang telah disediakan di pejabat mulai hari ini.
Disunting Cikgu Oziah Rudin, Cikgu Rosnawati Tipu dan Cikgu Nurasma Huridi.